Ahlan Wa Sahlan!
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani
Assalamu’alaikum wrh wbt
Selamat datang ‘Ahlan Wa Sahlan’ dan ucapan terimakasih kepada anda kerana sudi mengunjungi lelaman web Masjid Alkaff Kampung Melayu Singapura.
Dengan kewujudan lelaman ini diharap dapat memberikan kemudahan serba sedikit kepada masyarakat Islam Singapura untuk mendapatkan maklumat dan informasi terkini berkaitan masjid seperti jadual pengajian, kuliah-kuliah, kursus dan sebagainya. Mudah-mudahan segala maklumat dan perkongsian ilmu yang ditawarkan memberi manfaat yang berguna kepada semua.
Kami juga mengalu-alukan sebarang pandangan dan teguran yang membina bagi memastikan lelaman web ini menjadi wadah sumber maklumat berkualiti dan informasi yang cukup berkesan.
Sebarang pertanyaan atau komentar boleh dibuat atau diaju melalui borang komentar di bawah setiap artikel atau emel melalui muka ini.
Sekian terimakasih dan wassalam.
Mohammad Bahrul-Ulum
Pegawai Eksekutif Dakwah / Ketua Jabatan Dakwah




